Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis & Niat Puasa Ganti
Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis & Niat Puasa Ganti : Menggantikan puasa ramadan adalah wajib bagi umat islam yang sihat tubuh badan dan berkemampuan puasa. Puasa yang sengaja ditinggalkan atau atas alasan perlu digantikan dengan kadar segera. Namun, bagi mereka yang tidak berkemampuan harus menggantikan dengan cara membawa Fidyah Puasa.
Fidyah puasa ialah satu bentuk bayaran denda yang dikenakan kepada mana-mana individu yang tidak menggantikan puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya. Membayar denda Fidyah Puasa hukumnya wajib.
Puasa bermaksud dari segi secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat".
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan:
- Berakal/waras
- Baligh (cukup umur)
- Mampu/tidak uzur.
Syarat puasa itu diterima dalam Islam (sah) ialah:
- Orang Islam
- Berakal – tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa
Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah Taala
Perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa
- Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit, seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh di siang hari
- Mengeluarkan air mani dengan sengaja
- Keluar darah haid atau nifas
- Hilang akal (seperti gila)
- Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
- Merokok di siang hari (termasuk menghisap ganja atau dadah)
- Murtad (keluar dari Islam)
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau penyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Kelebihan melakukan amalan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, diantaranya adalah:
- Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa
- Ia adalah sunnah Nabi Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti mendapat ganjaran yang besar.
- Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis. "Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku permusuhan. Lalu dikatakan "Tiadalah pengampunan terhadap kedua-duanya orang ini hingga mereka berdamai" (Hadis Riwayat Muslim)
- "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit".
- Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia nikmat Allah yang tidak terhingga.
- Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.
- Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
- Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
- Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
- Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".
Catat Ulasan
Catat Ulasan