Telefilem Itulah Takdirnya Gandingan Nookhiriah dan Puteri Balqis Meruntum Jiwa Kaum Wanita
C Gandingan Nookhiriah dan Puteri Balqis Meruntum Jiwa Kaum Wanita | Sebelum ini Telefilem Matahari Tak Bercahaya antara telefilem yang berjaya membuatkan ramai kaum wanita di luar sana merasa sedih kerana plot yang dipaparkan terlalu dekat dengan kaum wanita. Sekali lagi, jiwa wanita menangis lagi dengan Telefilem Itulah Takdirnya yang ditayang di saluran TV Okey.
Itulah Takdirnya mengandingkan lakonan Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Puteri Balqis Azizi sebagai tunggak utama. Menariknya Itulah Takdirnya, mengisahkan kebahagiaan seorang isteri hancur lumat apabila dia ditipu hidup-hidup oleh suami yang amat dicintainya. Dalam diam suami telah menikahi wanita lain tanpa diketahui olehnya. Lebih menghayati hati apabila rahsia suaminya terbongkar di saat dia kehilangannya suaminya. Menambah lagi sakit dan marahnya, apabila dia terpaksa menerima untuk menjaga anak perempuan dari isteri kedua.
Itulah Takdirnya adalah sebuah karya Pak Tua yang telah ditayangkan pada 16 Oktober 2022 yang lepas. Namun ia juga boleh ditonton secara live di RTMKlik [ https://rtmklik.rtm.gov.my/play/movie/itulahtakdirnya/ ].
Catat Ulasan
Catat Ulasan