Drama Risik Pada Hati Episod 1 - Episod 28 (Akhir) Gandingan Alif Satar, Umi Nazeera & Zara Zya | Slot Akasia
Drama Risik Pada Hati Episod 1 - Episod 28 (Akhir) Gandingan Alif Satar, Umi Nazeera & Zara Zya | Slot Akasia : Drama yang menghiasi Slot Akasia dengan judul Risik Pada Hati. Drama Risik Pada Hati, mengisahkan kehidupan seorang isteri yang sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan suaminya. Demi mendapatkan zuriat darah daging sendiri, isteri sanggup mencari isteri kedua untuk suaminya.
Drama bersiri 28 episod ini masih boleh ditonton menerusi - https://www.hotstar.com/my
Drama Risik Pada Hati disiarkan di Slot Akasia TV3 pada 27 Jun 2022 dengan mengandingkan Alif Satar, Umi Nazeera & Zara Zya pelakon utama siri drama ini.
Sinopsis Drama Risik Pada Hati
Mengisahkan Adam dan Hayfa yang sangat bahagia dengan perkahwinan namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya.
Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah. Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.
Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?ati
Sinopsis Novel Risik Pada Hati
Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.
“Kenapa uji cinta abang macam ni?” Adam
“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” - Hayfa
“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” - Aisya
Namun, benarkah pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?
Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.
Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?
Catat Ulasan
Catat Ulasan