Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Rampas Cintaku Gandingan Fasha Sandha & Afieq Shazwan

Author
Published Oktober 17, 2022
Drama Rampas Cintaku Gandingan Fasha Sandha & Afieq Shazwan

Drama Rampas Cintaku Gandingan Fasha Sandha & Afieq Shazwan | Drama Adaptasi novel Rampas Cintaku karya  Puteri Jacaranda yang tengah hangat bersiaran menerusi  iQIYI Malaysia.  Sebuah drama iQIYI Original  dengan arahan Ejump Mohd. 

Drama Rampas Cintaku ini diterajui gandingan Fasha SandhaAfieq Shazwan dan Zarul Husin sebagai tunggak utama. Di samping itu, Drama Rampas Cintaku ini akan bersiaran penuh sebanyak 14 episod sahaja. 

Setakat hari ini, Drama Rampas Cintaku telah bersiaran sebanya 8 episod dan berbaki  6 episod sahaja lagi. Drama ini mulai ditayangkan pada  23 September 2022.

Drama bersiri Rampas Cintaku ini boleh ditonton di platform penstriman iQIYI melalui  laman web - www.iQ.com/local


Drama Rampas Cintaku Gandingan Fasha Sandha & Afieq Shazwan

Drama Rampas Cintaku
Jumlah Episod : 14 Episod
Genre : Drama, Cinta, Konflik & Keluarga
Siaran : iQIYI Malaysia
Setiap : Jumaat & Sabtu, 9.00 malam


Sinopsis Drama Rampas Cintaku

Mengisahkan kehidupan dua beradik yang telah kematian ibu bapanya. Rizal, lelaki muda yang ingin berjaya tetapi terpaksa menanggung adiknya RINA dan ibu saudaranya, Mak Ngah Ila. Rizal didesak untuk bekerja siang dan malam semata mahu membayar hutang yang dipinjam. 

Akibat desakan tersebut telah membuatkan Rizal mengikut kawan baiknya, Ashraf bekerja di sebuah kelab malam. Di situlah pertemuan pertama  Rizal dengan wanita kaya, Datin Safieya yang sedang kecewa atas kecurangan suaminya, Dato Jefri.

Kerana ini membalas dendam dengan apa yang dilakukan oleh suaminya, Datin Safieya menawarkan Rizal untuk menjadi kekasih gelapnya. Rizal yang terdesak dengan hutang lalu menerima tawaran Datin Safieya. 

Namun lama-kelamaan, hubungan tersebut membuatkan mereka jatuh cinta antara satu dengan yang lain. Bagaimana kesudahan kisah mereka. Jangan lupa menonton Drama Rampas Cintaku Episod 1 hingga Episod 14 (Episod Akhir) menerusi aplikasi iQIYI Malaysia.

Novel Rampas Cintaku karya  Puteri Jacaranda 

novel Rampas Cintaku karya  Puteri Jacaranda

Sinopsis novel Rampas Cintaku karya  Puteri Jacaranda 

Kehidupan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur tanpa tempat bergantung pasti sangat sukar bagi seorang wanita bernama Nur Syafieya. Dia sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wang untuk menyambung pengajiannya di universiti, menyara bapa saudaranya yang sakit, termasuk adik lelakinya yang masih bersekolah. Tidak boleh tidak! Dia perlu membawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Dato' Rizalman, lelaki tampan yang memiliki segala-galanya kecuali perkahwinan yang bahagia. Dia juga sukar untuk mempercayai sesiapa kerana masa lalunya yang pernah dikhianati. Isterinya Datin Jeslina adalah wanita yang penuh dengan tipu daya. “I just want your money...” - Fieya “Tiada yang percuma di dunia ni, baby!” -Dato' Rizalman. Syafieya akhirnya terjerumus dalam kancah kehidupan sebagai sugar baby (perempuan simpanan) kepada lelaki kaya yang sunyi. Namun, Syafieya sedar kehidupan seperti itu tidak pernah menjanjikan ketenangan dalam hidupnya! Masih adakah peluang untuk insan hina sepertinya mencari keredaan Allah dan cinta sejati?

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023